Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. kata sesetengah orang arab : " pokok-pokok itu bernikah", ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di antara satu sama lain.
Daei segi syarak nikah ialah satu akad yang menghalalkan
istimta' ( bersetubuh.\/berseronok-seronok ) di antara suami dan isteri dengan cara yang di benarkan oleh syarak.
Ia di namakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan di antara satu sama lain.
walaupun begitu makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya
majaz ialah persetubuhan.
Al-Quran secara umumnya menggunakan perkataan nikah dengan makna akad dan bukannya persetubuhan.
firman Allah s.w.t :
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sÎ) ÞOçFóss3tR ÏM»oYÏB÷sßJø9$# ¢OèO £`èdqßJçGø)¯=sÛ `ÏB È@ö6s% br& Æèdq¡yJs? $yJsù öNä3s9 £`Îgøn=tæ ô`ÏB ;o£Ïã $pktXrtF÷ès? ( £`èdqãèÏnGyJsù £`èdqãmÎh| ur %[n#u| WxÏHsd ÇÍÒÈ
"Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menikahi ( mengahwini ) perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan sebelum kamu menyentuhnya, tidaklah perlu kamu menghitungkan edahnya"
al-ahzab : 49
maksud menikahi ( mengahwini ) perempuan yang beriman ialah mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan lain. ini berpandukan firman Allah selepas itu yang bermaksud : kemudian kamu ceraikan sebelum kamu menyentuhnya maksud menyentuhnya ialah menyetubuhinya.
sumber rujukan: kitab fikah manhaji mazhab syafie jilid 4 m/s 725 ( terjemahan ), bab 13 NIKAH