Pages

Tuesday 27 December 2011

JANGAN LEWATKAN SOLAT DENGAN SENGAJA

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat”. (Hadis Riwayat Muslim)

DOA WUDUK

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya(yang sempurna).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saturday 24 December 2011

NIKAH

Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. kata sesetengah orang arab : " pokok-pokok itu bernikah", ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di antara satu sama lain.

Daei segi syarak nikah ialah satu akad yang menghalalkan istimta' ( bersetubuh.\/berseronok-seronok ) di antara suami dan isteri dengan cara yang di benarkan oleh syarak.

Ia di namakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan di antara satu sama lain.

walaupun begitu makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya majaz ialah persetubuhan.

Al-Quran secara umumnya menggunakan perkataan nikah dengan makna akad dan bukannya persetubuhan.

firman Allah s.w.t :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) ÞOçFóss3tR ÏM»oYÏB÷sßJø9$# ¢OèO £`èdqßJçGø)¯=sÛ `ÏB È@ö6s% br&  Æèdq¡yJs? $yJsù öNä3s9 £`ÎgøŠn=tæ ô`ÏB ;o£Ïã $pktXrtF÷ès? ( £`èdqãèÏnGyJsù £`èdqãmÎhŽ| ur %[n#uŽ|  WxŠÏHsd ÇÍÒÈ  
"Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menikahi ( mengahwini ) perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan sebelum kamu menyentuhnya, tidaklah perlu kamu menghitungkan edahnya"
al-ahzab : 49

maksud menikahi ( mengahwini ) perempuan yang beriman ialah mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan lain. ini berpandukan firman Allah selepas itu yang bermaksud : kemudian kamu ceraikan sebelum kamu menyentuhnya maksud menyentuhnya ialah menyetubuhinya.

sumber rujukan: kitab fikah manhaji mazhab syafie jilid 4 m/s 725 ( terjemahan ), bab 13 NIKAH