Pages

Thursday 2 February 2012

UJI MINDA

BAHAGIAN A
ISIKAN TEMPAT KOSONG
1.         Dan segi bahasa ………………… bererti menahan atau mencegàh.
2.         Dan segi syarak …………………..bererti hukuman yang ditetapkan oleh    syarak melalui nas-nas             Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana     kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.
3.         Dan segi bahasa ……………………….. bererti menolak atau menghalang.
BAHAGIAN B
Sila pilih jawapan yang betul berdasarkan kes jenayah syariah yang di beri.
“ Ahmad di dakwa kerana tertembak salah seorang rakannya sehingga membawa maut yang di sangkanya seekor pelanduk di hutan”
Apakah hukuman Jenayah syariah yang bakal di jatuhkan kepada ahmad ?
a.           Hudud Sahaja
b.           Qisas Sahaja
c.           Ta’zir Dan Qisas
d.           Hudud Dan Qisas

SILIBUS PELAJARAN JAIS


SILIBUS PELAJARAN JAIS
PELAJARAN FEKAH
TAHUN ENAM
TARIKH
TAJUK / BIDANG PEMBELAJARAN
TAJUK KECIL
9 – 13 JULAI 2012
JENAYAH
Pengertian Jenayah Syariah
Dalil Dan Hukum Jenayah Syariah
16 – 20
JULAI 2012
JENAYAH
Jenis-Jenis Jenayah Syariah

Wednesday 1 February 2012

contoh ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS)

Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN VIII


Seksyen 39. Jenis-Jenis Kecederaan Badan.
Bagi tujuan menjatuhkan hukuman, kecederaan badan hendaklah dibahagikan seperti berikut:
(a) itlaf-al-udhw (menyebabkan putus mana-mana anggota badan atau kecederaan sesuatu bahagian atau anggota tubuh badan);
(b) itlaf-solahiyyatu-al-udhw (menyebabkan kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan sesuatu anggota badan, atau merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya);
(c) syajjah (menyebabkan kecederaan di kepala atau muka yang mana kecederaan itu tidak termasuk dalam takrif itlaf-al-udhw atau itlaf-solahiyyatu-al-udhw);
(d) jurh (menyebabkan luka kepada mana-mana bahagian badan selain daripada kepala dan muka yang mana luka itu meninggalkan suatu tanda atau parut sama ada sementara atau kekal); dan
(e) kesemua kecederaan badan yang lain